Monday, February 17, 2014

Resepi : Ayam Madu

Assalamualaikum,

Entri kali ini aku nak update pasal resepi. Rajin tak rajin je nak update ke dalam sesawang belog aku ni. So, today aku nak kongsi favourite resepi aku since dari 17tahun lagi iaitu Ayam Maduuuuuu. Dari dulu lagi my mom dah ajar to do this ayam madu ni sebab aku suka makan ayam. 

Wehuu, baca ayat aku pun confirm u'olls dah terliur kan. Nak buat ayam madu ni tak la susah atau senang sangat. Yang penting dalam hati korang kena ada sifat pencinta ayam goreng like me baru masakan korang akan rasa "ummphh" & marvelousss automatically. Bismillah, let's start !

BAHAN - BAHAN :

1/2 ekor ayam
5 ulas bawang putih (dikisar)
2 ulas bawang besar (dikisar)
1 inch halia (dikisar / ditumbuk halus)
1 sudu cili kisar
3 sudu besar madu
5 sudu kicap manis
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
Garam secukup rasa

CARA-CARA :

1. Kisar bahan-bahan yang perlu dikisarkan.
2. Sediakan bahan perapan ke dalam satu bekas. Masukkan bawang putih, bawang besar, halia, madu, kicap manis, sos cili, sos tiram dan garam secukup rasa. Gaulkan rata semua bahan. 
3. Masukkan ayam ke dalam bekas perapan dan sapu perapan pada ayam.
4. Perapkan ayam selama 2jam ke dalam peti sejuk.
5. Masakan ayam ke dalam oven menggunakan suhu 180-200 darjah celcius selama 30-40 minit. Jika guna pemanggang tu hanya selama 15-20 minit sahaja.
6. Semasa memasak ayam tu, air perapan tu korang sapu-sapu sikit untuk hasil perapan melekat pada ayam. Lagi enak rasa madunya nnti.
7. Siap. Senang kan. Apa lagi makan lah !!

Alhamdulilah, ayam madu aku ini berjaya menawan hati seluruh family & termasuk abg iparku.

Sebenarnya, ayam madu ni sesuai digabungkan bersama nasi tomato, nasi minyak & nasi kosong pun sedap dah kan. Yang penting, layannnnzzz. hihi. Dari segi bahan-bahannya, kita boleh nak tambah ikut sesuka rasa hati. Kalau nak buat banyak, perbanyakkan la bahan-bahannya. Hope u'guys success, enjoy resepi yg aku kongsikan ini & bermanfaat utk semua.

Thank you for reading.
Love, N

6 comments:

  1. wahhhhhhh..dap nye,dap nyeee

    omnomnomonom

    ReplyDelete
    Replies
    1. yana pun boleh bt, yeayyy ! hahahahaha

      Delete
  2. fuhh terliur. Nak cuba buat lah nanti. Minta share ye resipi ini. Btw nanti kalau ada masa singgah2 lah blog saya ye http://www.mamafisya.com/ :)

    ReplyDelete
  3. meleleh air liukkkkkk... :D

    http://www.norainyusoff.com

    ReplyDelete
  4. wahh sedapnya! thanks for the recipe :)

    ReplyDelete
  5. sedapnyeee.. T________T pnah try dah...tp saya goreng hahaha jd hitam mcm hangit...tp dia tak rasa pahit...sedap gak >.<

    ReplyDelete

Thank you for your comment & support. Love you, *bighugs :)