Wednesday, May 1, 2013

GirlDayOut : Nyna

Assalamualaikum

Nak jumpa gadis kecil molek ni punya susah, alhamdulilah sabtu minggu lepas aku berkesempatan untuk berjumpa & meluangkan masa bersamanya. Dari ampang ke taman melati aku okay je driveee dengan laju sampai ke taman melati aku blur dan terus blur. 

Aku park kereta tepi jalan, keluar kereta dan terus melulu ke arah seorang makcik sedang leka mengorenggg pisang. Aku bertanya pada makcik tu "makcik, tahu tak taman mastika?" 
Makcik tu membalas, "taktahu la adik tak pernah dengar la pula nama taman tu"

Fuhhhh, aku pun berlalu pergi dan memandu dengan lagaknya seperti orang kawasan taman itu. Then, nyna call aku semula dan bagi direction slow slow. Aku pun main redah ikut je jalan yanga da di depan mata aku & bertawakal supaya jumpa jalan yang betul. Tup tup dah jumpa nyna with berbaju kurung, comel sekali !

Pada mulanya, program kami nak ke Jungle Bazaar terletak di Wariseni, Jalan Ampang. Biasa la jual barang-barang vintage / new stuff. Hari we all pergi penuh dengan pesta makanan. Ohh sampai aku terliur tengok makanan yang dihidangkan. Tapi hati aku tertarik pada yang satu, iaitu pavlovaaaaaa. Siapa suka pavlova? Angkat kening !

Selepas membeli belah tudung, bagle dan pavlovaaaaa, kami mengambil keputusan untuk sambung membeli belah di Times Square apabila kelihatan langit semakin gelap. Naik monorel sudahlah dan we are here !

Gelang ni beli sama-sama masa di Jungle Bazaar. Tudung sama sama jenis, kalau boleh semua nak sama. Itu yang buat hubungan persahabatan menjadi lebih manis. Alhamdulilah.


Thank you for reading !
Love, N

3 comments:

  1. Replies
    1. mmg sexy gila kasut tu, suka woo. tp bergaya je lebih beli tak pun. kih kih. suka kedai tu sbb kasut kt suka design limited :)

      Delete

Thank you for your comment & support. Love you, *bighugs :)