Saturday, April 13, 2013

Trip : Universal Singapore Studio (USS)

Assalamualaikum,

Trip : Universal Singapore Studio

It was triple awesomeee, i give you 5 star for USS. For me, ia sangat best, cool, relax & awesome. Itu sahaja yang aku mampu katakan sepanjang berada di USS. Tak salah kalau kita korban masa atau wang ringgit & melegakan / melepaskan tekanan kerja dan bersuka-ria ke tempat-tempat yang kita ingin jejaki. Bagus sebenarnya kita dapat kenal tempat orang, dapat merasa suasana persekitaran, dapat kenal budaya orang, dapat tengok pembangunan di tempat orang. 

Cadangan nak berjalan-jalan dengan kawan sebenarnya nak ke Bukit Tinggi, tetapi disebabkan salah seorang kawan aku memberi cadangan ke USS, akulah orang yang paling lajuuuuu confirmkan diri untuk ke USS dan menjadi pilihan no.1 aku untuk berjalan-jalan & reunion di USS. Alhamdulilah, our plan is goes well & perfect.

Watak-watak utama yang terdapat dalam entri aku kali ini adalah *(drumroll) : Deqnan, Eika, Safiyah, Shiero, Mirul, Paat & Me. Yeay for us, because we are too happy together. Even do sangat penat tetapi berbaloi sangat rasanya dapat bermain kesemua permainan di USS. Ia adalah suatu pengalam yang aku takkan lupakan bersama kawan-kawan seperjuangan semasa belajar dahulu. Padahal baru 4 bulan tak jumpa terus menerus merindui satu sama lain.

Lets the picture do the talking ! 

Picture yang aku snap ni dalam Sesame Street Zoneee, auw comel je dalam ni relax dapat tengok 3D / what D la aku tak ingat. Siap kena percikan air lagi. 


I tell you, jangan pernah terlepas ke Transformer Zoneee ni ! Nanti korang akan menyesal di kemudian hari. Transformer punya game sangat best, sampai aku rasa naik kereta lumba, rasa terjun dari bangunan, rasa tercampak, rasa skru kena balik kat kepala (aduhhh), 5 star !!

Pasangan couple comel yang sentiasa ada dimana-mana. Mirul & Safiyah.

The best game i ever had : The Mummy Zonee. U guys should try kalau tak boleh juga paksa diri anda untuk merelakan diri bermain game dalam Mummy tu. Korang pasti terkesima apabila berada dalam itu macam aku. Amek kau mula jerit bagai nak rak sekali terdiam tak terkata kerana ketakutan yang amat dahsyat woo. Aku bagitahu awal-awal ni.

Roller-coaster !! Siapa rasa seram sila angkat keninggg ? Haha. Yes, aku takut sikit je tapi boleh terima nak main benda tu semua. Nasib baik dalam bangunan so hati aku kuat lagi nak bermain. Tak ada la sampai tahap aku nak menangis & jerit "ahhhh tak mao main dah, nak balikkkkk. sobs sobs"

Shrek Castle 
Both of us are crazy & mental. Eika, Paat & Me, muka semua penat setelah seharian bermain di USS. Rehat sebentar bersama camera, just klik klik & smile . Are we looks crazy? Yes, kami gilaaa la la la. Thumbs up for us :)


Tips ke USS :

1. Girl only, bawa beg kecil-kecil pun dah memadai
2. Girl only, kasut jangan pakai high heels. Pakai kasut flat / wedges pun dah okay pastikan selesa yang penting. Aku pakai kasut flat pun boleh terkoyak ada "mulut" di depan. Beware !
3. Jaga barang baik-baik, jangan leka.
4. Pastikan bila perut korang lapar, cari kedai yang HALAL.
5. Sediakan wang takut-takut ada emergency case, siapa tahu kan.
6. Pastikan diri anda enjoy bila berada disana sama ada suasana hujan atau panas.

p/s : video in the making. wait for ya :)


Thank you for reading !
Love, N

4 comments:

Thank you for your comment & support. Love you, *bighugs :)