Wednesday, April 17, 2013

Fakta Anak No. 2

Assalamualaikum

Aku selalu dengar orang kata anak kedua ni lagi nampak tua, nampak matang dan besar dari kakak atau abangnya. Well, aku admit kenyataan yang orang sekeliling katakan sebab perkara itu terjadi pada diri aku sendiri. Ya, aku anak kedua daripada 4 adik-beradik. Aku garang tetapi bukan anak manja & anak mama / emak / ibu / mak mahupun ummi.

Aku ada terlihat satu pengkongsian di laman sesawang facebook seseorang rakan facebook aku sharing ttg tajuk ini. Aku rasa sedikit ingin tahu, dan tekan button "See More" untuk mengetahui lebih lanjut tentang perangai anak kedua ni. Adakah betul kesemua yang tertulis dalam kenyataan itu?

1# ANAK MANJA : sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu.
  • Nooooo, tak manja okay

2# Anak Degil : lebih degil, keras kepala & tidak mendengar kata. Semua dia yg betul, ramai-ramai adik beradik dia je yang ketegaq, kemahuan kuat, buat sesuatu bersungguh-sungguh. Kalau tak nak tu, tak nak la, Jawabnya, boleh dipujuk tapi selalu tak berapa jalan.
  • Oppss, for me everything looks fimiliar with me tetapi kalau bab dalam ramai-ramai adik beradik tu aku lebih prefer mendiamkan diri sebab aku tak suka bergaduh or masuk campur dalam satu perbincangan. Memang lagi gadoooo woo.

3# Tak Pandai Pujuk : Memang anak no 2 ni tak pandai pujuk makwe / pakwe
  • Aku mengaku memang tak pandai nak pujuk orang merajuk ni, sebab gedik sangat nak layan plus malas nak layan kalau orang tak faham bahasa. Cakap satu, dua, tiga kali cukup la. Tak kan nak cakap bahasa $&^(*&(*&%%@$ pulak kan. Sian siapa bakal suami aku nanti. Haha

4# Bercinta : Kalau bercinta, sangat setiaa. Sanggup berkorban
  • Well  itu adalah saya. Sangat setia pada yang satu. Allah S.W.T, keluarga & kawan-kawan.

5# Hitam / Putih : Apa yang dikatakan semua dipegang. Kalau hitam / hitam lah. Kalau putih, putih lah. Degil tak boleh toleransi
  • Em yes apa yang diakatan hitam putih tu mmg betul, tappi aku sangat open minded bila minta bertolenransi atau bertukar pendapat. Tak semua idea atau cadangan yang kita berikan utk hebat / bagus untuk dibanggakan. Bagilah peluang kepada orang lain juga.

6# Hati : Nampak je keras, tapi hati lembut, satu perangai dia tak boleh ditegur.
  • Aku terdiam. semua itu tepat kena pada batang hidung aku sendiri. Alamakkk :)

7# Berdikari : Very independent. Memang betul tapi kalau terlebih pun susah. Mudah bergaul & very take care.
  • Alhamdulilah setakat ni aku travel untuk melanjutkan pelajaran di Melaka, Terengganu & Pulau Pinang aku rasa sangat survive. Mudah bergaul pun senang untuk menegur sesama kaum.

8# Arahan : Payah nak terima arahan, lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh buat kerja dengan orang.
  • Aku senang terima arahan dari orang atasan mahupun orang bawahan. Kita ni sama sahaja, memang aku suka buat hal sendiri bila kebosanan tapi bila kawan-kawan ajak buat pelbagai aktiviti aku la manusia no satu yang semangat 100%

9# Pemaaf & Caring : tidak dinafikan seorang pemaaf & caring. Tapi awas jangan bagi dia marah kalau dorang marah faham2 saja lah.
  • Kah kah, ini lawak habis. Aku memang senang nak maafkan orang even perkara itu boleh buat bergaduhh, tapi aku jenis malas nak fikir kan, so aku lebih suka mencari jalan untuk menutup mulut. Let it go la kan !  Tapi kalau aku marah, macam gorillaaaaaaaaa !

10# Pakaian : Nak semua up-to-date. Semua nak kemas
  • Haha, memang selalu pun aku ni nak up to date. Ini semua poyo je padahal keluar selalu saja selekehh bagai, nak kemas masa ke kenduri kahwin ajelah, hik hik



Thank you for reading !
Love, N

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment & support. Love you, *bighugs :)