Saturday, December 1, 2012

Kenangan Terakhir (Part 2)

Assalamualaikum

Sambungan dari Part 1

Keesokkan paginya, keluarga Fizah yang sampai dahulu dalam pukul 6pagi, masa itu aku nak tidur dan baru sahaja selesai menunaikan solat subuh. Ngintai ngintai adiknya mahu tumpang mati, aku pun apa lagi tumpang mandi. Pukul 8 pagi, aku dikejutkan oleh Fizah kerana dia ingin berangkat pulang ke Melaka, Tapi aku hanya membuka mata sikit-sikit je dan menghulurkan salam kepada Fizah. Uwaaa tak dapat nak ber-hugging2 ;(

Second family arrived : Keluarga Safiyah pun tiba dalam pukul 10 pagi tak silap aku, aku hanya bangun salam peluk dan tengok Safiyah beredar begitu sahaja dalam keadaan mengantuk teramat. Padah nya aku ni tak cukup tidur.

Pukul 12, tik tok tik tok giliran keluarga aku pula nak sampai ke rumah sewa aku untuk menjemputku pulang ke Kuala Lumpur. Cepat cepat aku pergi mandi & mempersiapkan diri untuk balik. Tinggal Anis keseorangan dirumah tersebut.

Keadaan bilik aku yang kosong. Bye-bye bilik, semoga awak akan dijaga baik oleh penyewa baru nanti :)

Mereka SAMPAI ! Bukan sahaja Mama, Abah, Merol tetapi Syamil & Danish (cousins) ikut sekali. Wow ! sangat best. Tup tup, mama nak singgah pergi kenduri kahwin kat area Sik, Kedah. You know what, seumur hidup aku tak pernah pergi kenduri kahwin memakai seluar jeans & baju ala ala pergi jalan. Perghh buat muka tebal 10 inci okay masa itu. 

Alhamdulilah, pergi sana still dilayan baik oleh orang kampung disana & banyak abang abang handsome, auww gataii kau nad ! Selepas itu singgah rumah Neklong saya. dia masih kuat lagi, syukur ;)

Ahad pagi, gerak balik ke Kuala Lumpur dengan gembiraanya. Yeay lepas ni aku duduk kl seperti biasa, dapat jalan-jalan seperti biasa dan dapat berjumpa dengan kawan-kawan selalu. Kan korang? Anyway, yang sudah sudah aaa, semua kenangan di Pulau Pinang banyak mengajar aku erti persahabatan, erti kesabaran, erti mendewasakan aku dari segala aspek. Itu la cerita aku disebalik suka duka di Pulau Pinang sudah berakhir. Kita jumpa entri semasa Grad pula ok !

Terima kasih Ya Allah kerana sentiasa ada bersamaku. Amin :)

Thank you for reading !

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment & support. Love you, *bighugs :)