Monday, October 29, 2012

Salam AidilAdha

Assalamualaikum,

Semoga Hari Raya Aidil Adha membawa seribu rahmat dan diberkati olehNya. Alhamdulilah, Syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana menceriakan Hari Raya AidilAdha dan aku sekeluarga dapat berkumpul bersama di kampung halaman. 

Alhamdulilah, selesai solat. Takbir yang bergema di Masjid membuatkan hati aku sayuuu dek leka mendengar takbir yang dilaungkan. Allahu Akhbar ! 

Keluarga aku tiba di kampaung halaman pada pukul 1.00 petang Biasa lah, bila kaum wanita bermake-up sana sini, masa menjadi semakin suntuk dan tertlalu suntuk. Ye bukan?

Sanak saudara berkumpul di Alor Gajah, Melaka. Riuh rendah suara kedengaran di rumah nenek. Riak muka masing-masing menggambarkan perwatakan yang ceria, seronok dan bergembira apabila sekian lama tidak bersua. Itu sudah pasti akan menjadi kenangan terindah tiap kali pertemuan.

Cewah, mood ayat nak ayat novel plus baku betul aku ni. Back to normal ! 


Maaflah, permulaan gambar penuh dengan gambar aku sahaja. Maklumlah, kata blog aku mmg gambar aku yang bertimbun aku upload kan kan? Baju pinjam dari Kaklong aku, luckily badan sama saiz so mmg baju sentiasa tukar0tukar dengan dia. Heaven kan ada adik-beradik badan sama saiz :)

Keesokaan paginya, Sabtu. Sesudah solat subuh, gosok gigi basuh muka pakai selendang terus tengok lembu disembelih dan dikorbankan. Alhamdulilah semua perkara berjalan dengan lancar. Memeriahkan majlis lagi, Nenek Esah & Tok Kancil buat kenduri jadi aku mewakilkan diri aku untuk menjadi kendarat/orang kuat. Super powerrrr !!








Tunjuk ajarku sifu ! Nak kupas-kupas bawang, aku lemah sebab mata ni tak tahan dek pedih bawang. Jadi kesempatan itu aku amik bab bab melapah dagind ! Wehuuu, pengalaman yang sangat best setelah 22tahun aku hidup di muka bumi ini. Baru reti reti anak dara sorang ni nak melapah daging, kalau tak haraammm duduk je dalam rumah bajet ayu gituu. Baju merah sebelah aku itu, my super abah. Love you Abah :)


Entri kali ini memang sarat dengan gambar-gambar yang dipamerkan. Terlalu eksaited la katakan sebab entri before this tak ada update gambar. Lagi sekali, Aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua umat Islam yang berada di muka bumi. tak kira dimana kita berada In sha Allah semoga segala yang kita lakukan dipermudahkan dan diberkati olehNya didunia dan diakhirat kelak. Amin

Thank you for reading !

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment & support. Love you, *bighugs :)