Tuesday, July 31, 2012

Iftar - Dirumah Mummy Latifah

Assalamualaikum

Entri kali ini, berbuka puasa di rumah mak angkat kitee di Teluk Bahang, Pulau Pinang. Macam mana aku boleh dapat mak angkat kat sini? Mesti berlegau-legau "soalan" di minda korang kan? I know lah ! Berdasarkan entri ini, aku & safiyah telah join satu program anak angkat & usahawan. Alhamdulilah, aku dapat betul betul mummy penang la. Baik sangat, kuat mcm aku, rajin memasak, celoteh, usahawan runcit dan anak-anak beliau sangat aktif  join itu ini di Malaysia. 

Jumaat petang, Safiyah tersebut nama Mummy, terus aku & safi buat keputusan call mummy nak tanya khabar & tanya esok hari sabtu boleh tak datang rumah mummy berbuka puasa bersama sekali. Tut tut tut tut, bla bla bla safiyah sedang bercakap dengan mummy. Dangg, let's go Mummy ON !

Saturday, 28 July 2012. Before ke Teluk Bahang, My friends & I stop sebentar di Hard Rock Penang yang gempakkk *(tak gempak mana pun) tu sebab si Amirul nak usha-usha baju kt Rock Shop. So semasa dia pilih-pilih baju al-maklum perangai girls kan, 

Bergambarr time baby !!
(click picture to enlarge ye, nanti rabun u'olls nak fokus tengok kan)





T H E B E A T L E S. Wow terpegun aku seketika tengok hiasa di dinding ini. *Acah je 

It's already 0500 pm, terus bergerak menuju ke rumah mummy. Alhamdulilah, kitaorg sampai dengan selamatnya setelah sesat beberapa kali disebabkan ada bulatan tu saja. Bulatan punya pasal ! haha. 

Tiba je rumah mummy, salam salam berpelukan semua mummy terus tanya 'Sahur sekali kan" We all macam "tanda tanya di kepala otak masing2" muka semua dah berkerut. Alamakkk, macam mana ni nak cakap padahal after Isyak nak cabutt dah sebab banyak assignment tak disiapkan lagi.

Solat Asar dahulu selepas itu terus pergi ke Dapur Master Chef Mummy Latifah untuk membantu beliau memasak. Fuhhh, mummy masak ayam masa kari pennag tuu. Fav gua sebab ayam ada dalam lauk tu. kihkih.

Ruang tamu mummy




Pelbagai juadah makanan ada - Roti Jala, Murtabak, Tepung Pelita (Big size), Agar-agar, Ayam goreng, Kari Ayam Penang, Sayur buncis, Bubur Lambuk, Buah-buahan segala nyaa.

Pasti korang ternganga kan apa yang mummy sediakan lauk pauk untuk kami berempat. Ya Allah, aku pun tak sangka sebanyak begini mummy akan hidangkan pada masa itu. Sanat terharu, terliur dan mati kekenyangan aku selepas itu. Syurgaaa makanan la katakan !!

After berbuka puasa, solat maghrib dan selepas itu borak-borak dgn mummy. mummy punya la bagi macam-macam alasan untuk tahan kitaorg sampai ke sahur. Tetapi apakan daya, we all hanya mampu bertahan sampai pukul 1030 malam sahaja. Hati memang berat nak tinggalkan mummy, yelaa bayangkan punya la dia pujuk untuk balik after sahur but we can't mummy. 

Sebelum pulang ke Permatang Pauh, we all singgah Pasar Malam di Batu Feringhi. Kat situ ala-ala uptown & downtown macam-macam ada juaii !





Jeng jeng jeng, aku singgah beli lampu comel-comel kat sini. Maklumlah, raya nak dekat dah babe so aku nak buat perhiasan di dalam bilik aku sahaja. Iye bilik aku sahaja, bukan satu rumah. Aku tak ada duit nak beli itu ini. No money no talk, like people said kan. Ada pelbagai design, yang bulat, petak, angrybird, bear2 comel semua ada. Korang boleh dapat dengan hargaaa murah serendah dari RM 20.00 sehingga RM 50.00 !!


Lastly, berakhir la entri ini dengan muka suci aku bak bunga mawar yang mekar. Puihh ayat macam cincaii je aku taip. kihkih. Selamat malam puteri dan putera aku sekalian. 

Thank you for reading !

5 comments:

  1. wahhhh nampak mcm bez kalau berbuka mcm tu..makanan pn hebak2..dpt pulak tuan rumah yg bez..mmg bezlah!

    ReplyDelete
  2. Lyaa : kan? mmg meriah, time makan lg meriah tgk siapa makan paling byk. haha

    Ida/ Eina : mmg hebak2 ah u. tak terhabis we all mkn time tuu. hehehe. :)

    ReplyDelete
  3. Bulan puasa dezee pula sayur atau buah2han hilang entah ke mana tapi airnya sejag dua..hahaha

    ReplyDelete
  4. Dezee: whoa kuatnya minum air ye dezee, kalau nad mmg kembung perut la nnti. ehhe ;)

    ReplyDelete

Thank you for your comment & support. Love you, *bighugs :)