Friday, August 19, 2011

Berbuka puasa (Route 69 Cafe)

Assalamualaikum

Hari ke-16 puasa, berbuka puasa dengan kawan sekelas. Kegembiraan dapat dilihat wajah seorang demi seorang. Setelah berjalan kaki dari rumah sewa beramai-ramai ke Route 69 Cafe mengambil masa 40minit. Sepanjang perjalanan itu kaki aku bagaikan nak rapuh di jalan, hati dup dap dup dap bernafas dengan laju sekali. Makk aiiii penatt weyy. Over !

Hello hello awak, ayat diatas tu mesti rasa nak tergelak terguling-guling atas tanah kan? Guling sekarang ! Alhamdulilah, setelah membuat perbincangan akhirnya selesai juga berbuka puasa beramai-ramai. Sangat seronok bila macam-macam kerenah ada. Ada datang pakai baju kurung, dtang ontime time berbuka dah, nasi tak cukup air tak cukup yeahhh semua yang tak cukup kat table aku, Benggang sedikit tapi dimaafkan. Hik hik. 

Menu berbuka puasa sangat berpuas hati. Bila aku post kat Facebook amboi kemain semua cakap aku ni melantak ke apa. Hello dah bayar seorang RM12.50 mesti la makan. Nampak je macam melantak. Menu-nya : Ikan siakap masak 3 rasa, Tomyam campur, Telur bungkus, Sayur khailan, Ayam masak halia dan Air sirap limau. Yummy semua tu 1 table kongsi 6 orang.

Tengok aku makan pun dah nampak semua licinnnnn, dalam mulut aku pun tak sempat nak habis telan. Snap tetibe ! :)

Kalau mata u'olls celik, dimanakah aku yang bergaya sebagai jin pong pong gigi tersusun luas ? HAHA

Selesai makan, apa lagi sesi bergambar dalam kedai makan. Riuh rendah keadaan Route 69 masa tu. Suara tepekik lolong nak pose sana pose sini. Diluar kedai pun jgn cakap, berpose pose lagi. Horeyyy.

Tolong, jangan tarik saya. Hihi.

Masa ni berbincang mana nak pergi lepas ni. Aku memberi idea. Ting ! Jom tengok wayang. Zoo Keeper movie was great awesome ! Haiwan dalam zoo tu boleh bercakap. Gila la beruk cakap ala ala orang Indian speak english. Erkkkk sgt sgt comel.

Tak sabauu nak balik Ampang, 24hb Hari Rabu 6.16 bertolak dari Butterworth. Nak berbuka puasa dengan kawan-kawan disana. Tunggu. Before tu nak selit lawak untuk korang. Orang Amerika kentut ckp ' EXCUSE ME ' orang British kentut ckp ' PARDON ME ' orang Singapore kentut ckp ' FORGIVE ME ' Orang kita kentut ckp ' NOT ME! NOT ME!' HAHA

End of story, bye ;)

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment & support. Love you, *bighugs :)