Wednesday, June 8, 2011

Alahai bawang merah.

Assalamualaikum. 

Sabtu lepas, kenduri kahwin abang sedara aku. Tahniah abg, selamat pengantin baru ! Hari Sabtu masa sibuk ada rewang-rewang aku punya la excited nak tolong kupaskan kulit bawang merah. Tolong punya semangat, 1 biji, 4 biji, 7 biji, 10 biji, mata aku mula berkelip-kelip dan 13 biji aku dah tak tahan aku blahhh terus cuci mata dgn air. Pedih bhai. Lagi satu, jgn cakap aku tak pernah masuk dapur. Muka dan tangan selalu masak ni. Bak kata mama aku dekat sedara-mara : "ehh, nadiah ni pandai masak. Sedapp" . Just aku ni jenis boleh kupas bawang 3biji mcm tu boleh la. sikit-sikit je, kalau byk-byk hampehh.

Ahad pagi, bangun pagi gosok gigi terus rush pergi rumah abang sedara. Aku dah lambat sampai pukul 9.30 pagi. Bising makcik-makcik aku. Aku pun dengan muka selamba ya ya ! terus g tempat potong-potong bawang merah unutk dibuatkan arca ape benda dah. Ala yang sedapp sekali campur dengan nenas, timun and cili. Terbaik masakan kampung.Back to the topic, Sedang layan potong bawang ni tak syok sebab aku dapat la pisau besar yang agak tumpul jadi nak potong tu pun terlembap-lembap. Mata aku ape lagi mula la nak berair-air macam air terjun. Aku tak tahan, terus g cuci mata. Dah macam pakai contact lens. 

Aku continue balik aktiviti potong memotong bawang merah, dan dan aku dpt grab pisauu kecil. Tangan aku ni makin laju la hayunan potong bawang kan. Syok syok potong. Zappppppp, sekali terhiris jari manis. Aww macam mane nak sarung cincin nanti dan macam mane aku nak cebokkk. Sob sob sob. Masa tu semua orang dah menjerit. "Ya Allah Nadia, dah dah g balut jari tuu. kau ni tak boleh buat kerja ni. Kau kena duduk bawah khemah je". Aku pulak selamba kata "Ehh takpe sikit aje la ni"

Hampehh, sedih aku dengar ayat tu. Aku blah pergi cuci jari dengan air. Alamak aii, makin sakit jari rasa. Dup dap dup dap nampak daging rupanya. Aku ingat sikit je rupanya2 seram den tengok bhai. Terus jari kena balut then letak minyak gamat. Pengakuan : aku menangis masa tu. sakit sgt sbb ada kulit macam ape ntah mmg pedihh :(

Ahad ini (12 June 2011) , Akan berangkat ke Ipoh, Perak untuk berkhidmat dibawah Mak Teh (Auntie aku). Dia mintak aku tolong uruskan account kedai makan yg lame tak usik. So dapat la job juga sementara nak masuk next sem ni pada July nanti. Macam malas nak pergi balik Penang semula. Whatever la janji aku Yehoooo,  Lepas ni stay Ipoh pulak. Im coming there baby !

* Pengajaran buat aku : tak nak cuai lagi. Mata kena fokus dekat bawang merah betul-betul. 

Thank you for reading, readers :)

5 comments:

  1. terrror la u sis..
    d x leh nk potong bawang more than 5 biji..
    cnfrm x tahan..
    :)

    ReplyDelete
  2. wah! entri sama cam fatin liyana! :)

    ReplyDelete
  3. Salam....petua org dulu2..kalau potong bawang, cucuk satu bawang kat hujung pisau, so, kurang la pedih matanya...actually, org dulu2 suh potong bawang jangan guna hujung pisau, susah nanti nak control percikan air bawang tuh...ontah la.. huhu

    http://abanglongonline.blogspot.com/2011/06/bangga-tiada-dara.html

    ReplyDelete
  4. d : tahu takpeee, sakit mata den nie.

    cikguu : ehhe, auww name dia cikgu laa. cikgu sekolah mane ni? hik hik. tu la same pulak tajuk kann dgn FL !

    Masuri : errrr iboleh termuntah tgk darah.

    Abg long : thanks a lot ;)

    ReplyDelete

Thank you for your comment & support. Love you, *bighugs :)